Mommy and Daddy to be...

Lilypie Pregnancy tickers

Monday, May 24, 2010

Weekend Chef

Hye...lame tak menjengah blog ini...Almaklumla, baru nak belajar berbelog, so kenala pandai nak adjust time...Baru balik dari Ipoh pagi ni...Highway kat Duta sangat jammed.Biasanya kalau dari Ipoh jam 5 pagi, akan sampai di Sentral KL jam 715 pagi, tapi malangnya hari ni kul 8 pagi baru sampai...Hmm..terbang RM14 sebab bayar duit teksi. Biasalah,traffic kat KL ni unpredictable.
Baru menghabiskan weekend yang gembira bersama Encik Suami.Weekend Masak-masak serumahtangga.Encik Suami yang paling happy.Hahahaha...Mana tak nya, 2 hari berturut-turut memerap kat rumah dan belajar jadi Suri Rumah,huh...bukan mudah ye tuan2 dan puan2..Menjadi suri rumah tangga ni, kerjanya tak berhenti...Kalau kat office sempat lagi la nak tengok Facebook, sembang ngan jiran sebelah meja, depan meja...'Anyam ketupat' sikit-sikit...hahaha..
Sampai je kat Ipoh Jumaat malam tu, kitorang berdua terus ke Econsave untuk membeli barang keperluan dapur, sebab semua da habis termasuk la beras...Dah sebulan dapur tu tak berasap, sebab asyik melantak kat rumah mak ngan mertua je,ni nak kena perasap balik la...So kena beli bahan-bahan yang sepatutnya.Encik Suami teringin nak makan Nasi Ayam, tapi nak yang masak sendiri tak nak yang kat kedai.So, beli la barang2 yang patot untuk preparation Nasik Ayam... (Kalau beli kat kedai RM4.50 je, dah nak masak, kos lebih sikit tapi berbaloi sebab boleh makan sampai malam)Da siap beli semua ( Time tu baru sedar, customer yang tinggal adalah kami berdua je,sebab yang lain semua pakai baju hijau-staff kat situ) kitorang pon cepat-cepat pegi bayar dan terus balik.Esok nak perasap dapur dengan Nasi Ayam,Percubaan Pertama ni...bukan calang-calang tau.






Hari Sabtu, menunya adalah Nasi Ayam (Kul 12 dah siap masak) dan aktiviti dua laki bini ini adalah makan sambil bermalas-malasan di rumah.Petang tu mak ngan ayah pon sampai.Tibe2 pulak tu, nasib baek rumah dan diri masing2 dalam keadaan kemas dan rapi.Hehehe, kalo tak, abes kantoi.Kehadiran mak dijamu dengan Nasi Ayam buatan sendiri..Jeng..jeng..jeng..Mak yang bertindak selaku Pengkritik Makanan yang diiktiraf keluarga mula mengeluarkan komen-komen yang bernas."Sos ni kurang masin la kakak, kena tambah garam, baru balance masam manis dan pedasnya..Nasi okay, tapi kurang masin jugak,Sup ni, kurang masin jugak. ayam okay, kicap pon okay.Overall okay,kalo orang sakit yang makan ni memang bagus, menjaga kesihatan(sempat pulak mak bantai aku).."

Encik Suami senyum dengan hidung yang kembang kempis sambil menjawab kritikan mak mertuanya,"Pandai kan Nurul masak mak.." Huh, aku pulak yang kembang punggung dengar pujian Encik Suami.

Petang tu jugak tiba-tiba terlintas idea nak buat Kek Batik.


Image ni aku Google sebab lupa nak snap gambar

Heh, nama macam gempak tapi sebenarnya Bukan susah pon, ala,Biskut Marie yang salut ngan coklat tu.Ini feveret aku.Sebelum Maghrib, ajak encik Suami keluar beli bahan-bahannya.Lepas Maghrib aku pon buat dengan semangatnya.Terima Kasih Cik Rome atas resepi yang bernas tu.hehehe..Disebabkan rasa excited kami berdua, malam tu jugak aku potong.Susahnya Ya Allah, Sebab kan Biskut tu rapuh, so keras sket.Berlubang bekas kek tu aku kerjakan.Rasanya kek tu tapi kena simpan lama sikit kot nak bagi dia jadi liat sket.Sbeb esoknya bila aku potong da okay sket dari semalam yang amat susah..Esoknya(Ahad) En.Suami kena pegi office, ada orang nak jumpa katanya, aku dok kat rumah sorang2, terkulat-kulat tak tau nak buat apa.Mula-mula kemas rumah yang diselerakkan oleh kami jugak (macam ada anakkecik je gaya bersepahnya rumah)mane tak nya,kat situ la jajan-jajan stok untuk tengok tv,kat situ la bantal2 bergelimpangan,ingat nak kemas same2 skali dia kena g office, terpaksala aku gak yangkemas semua. Dah alang-alang mengemas, langsung basuh baju, ganti cadar terus masak lunch..Simple je lunch hari Ahad,sambal tumis telur(favourite Encik Suami),ikan keli goreng dengan sup ayam semalam. Masa bukak fridge, ada pulak ikan kembung 7 ekor.Nak dimasak macam banyak sangat untuk makan berdua,Pling!!Idea tiba, ditambah dengan semangat rajin nak masak,terjadilah kuah laksa.First time tu masak laksa, menjadi jugak la.Daun kesum, dengan bunga kantan lambat sket masuk sebab kena tunggu En.Suami balik.Yess!!seronok sebab Laksa menjadi.Tak la teruk sangat kan...

Kesimpulan yang dapat aku buat minggu ni adalah, memasak bukan la susah sangat ye para isteri yang budiman sekalian,bak kata mak aku Rajin dengan tak je...So,maknanya aku rajin la kan...Huhuhuhu...


2 comments:

  1. Sedap nye..
    X bwk kt kita pon
    haahaa

    ReplyDelete
  2. Ni kan baru percubaan kak ju...Nanti org buat lagi, insyaAllah orang bawak k...

    ReplyDelete