Wednesday, October 12, 2011
Mommy To Be
Hari ni nak masukkan gamba baby dalam perot...hehehe...Motif? happy n tak sabar...
Ni masa 4 weeks
Yang ni plak 7 weeks
Camana la rupe baby nanti ye?Tak sabar pulak...Semoga membesar dengan sihat dan sempurna ye sayang....
Friday, October 7, 2011
Exciting Story!!
Dua Line...First time ni.....Sebelum ni penah buat tapi asek kuar 1 line je...Still tak percaya n tak yakin langsung. Terus call En. hubby dan kena la habuan sket "Bila beli?Tak bagitau pon nak test. nak tengok jugak...Ishh...Japg kita p Hospital" Hehehe...best kan kena marah sket pagi-pagi. Tapi takpe, hati da puas. Tapi still kena double check ngan doctor....Japg nak sambung cerita ngan doktor plak...
Sunday, May 1, 2011
PCOS
Friday, April 29, 2011
Program "Assesment Centre"
Program Assesment Centre ataupun Lebih dikenali sebagai PAC. Ye..Boleh dirumuskan yang mulai tahun 2011, semua pengambilan Pegawai Awam bagi Gred 41 diwajibkan melalui satu ujian yang dipanggil PAC.
PAC ni ape eh?PAC ni lebih kurang macam ujian yang diadakan untuk lebih mengenalpasti personaliti calon-calon yang telah lulus ujian SPA, dan layak untuk menjalani sesi temuduga. Huh, panjang plak mukadimah ni, Maknanya ada 4 step ye kawan-kawan...
1) Isi form kat SPA Online
2) Hadir dan lulus Ujian Bertulis
3) Dipanggil untuk menjalani PAC
4) Temuduga
Ok. Itu adalah flow biasa untuk kita menjadi seorang penjawat awam yang menurut perintah dan berkhidmat untuk negara katanya....Buat masa ni aku dah ada tiga pengalaman attend PAC. i) Pegawai Tadbir & Diplomatik
ii) Pegawai Penerangan
ii) Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan)
Dukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan gagal dalam PAC PTD yang telah.....bla...bla....Itulah result aku untuk PTD.Hehehehe, aku dah agak sebab masa aku pergi PAC tu, boleh dikatakan semua calon adalah golongan yang boleh dikatakan hebat pada pandangan mata aku (maknanya aku tak hebat macam diorang tu). Masa aku pegi tu, PAC tersebut cuma berlangsung 1 hari sahaja. Aku difahamkan oleh fasilitator time tu, bajet telah dikuncupkan sebab sebelum ni, PAC dijalankan 3 hari dengan penginapan dan makan disediakan oleh pihak penganjur (SPA).
Ok, ni dah sampai point yang penting, apa ujian atau tugasan yang perlu korang bakal calon hadapi sepanjang PAC ni.
Untuk calon Pegawai Tadbir & Diplomatik
>>> Kerja Kumpulan (Role Play)
Masa task ni berlangsung, korang akan dibahagikan pada beberapa kumpulan. Korang akan diberikan beberapa peralatan untuk mereka cipta satu produk yang menarik untuk dipasarkan (time aku, kitorang buat sut sukan dan beg serbaguna). Lepas dah siap mereka, korang perlu buat pembentangan pada juri untuk diberikan markah. Masa ni markah mungkin dinilai pada kreativiti dan keupayaan korang bekerjasama dan juga menjadi jurucakap mengenai sesuatu benda.
>>>Pembentangan Individu
Tugasan ni pulak, korang kena prepare pada masa sebelum Kerja Kumpulan dan akan dipanggil seorang demi seorang. Tapi dalam masa yang sama korang perlu siapkan tugasan kumpulan yang aku dah terangkan kat atas tadi. Dalam task ni, korang diberikan tajuk yang umum dan berkait dengan isu semasa. (Masa ni, aku dapat 2 tajuk dan kena pilih 1, a) Cuti bersalin dilanjutkan kepada 90 hari, setuju @ tidak & Kepentingan F1 kepada Negara)Perkara yang tak best pasal Individual presentation ni adalah, korang kena prepare 2 tajuk tapi dia akantanya salah satu. Suka hati dia (juri/fasi) la nak suh korang cerita yang mana satu. Bukan ikut suka hati kita tau...
>>>Outdoor Group Activities
Part ni pulak, korang akan bermain permainan yang menguji kecepatan dan ketepatan minda seseorang dalam merangka rancangan dan membuat keputusan. Human Puzzle dsb...Be creative, particpative & team player. Jangan hanya jadi passanger dalam group ok...
>>>Kecergasan/Fitness
Time ni la aku kantoi...hahahaha, sebab comel sangat,berlari pon lambat. 2.4KM di bawah 15 minit. Jangan lari dan berhenti dan lari. anda akan cepat semput. Jaga pernafasan dan teruskan berlari walaupun dengan langkah yang kecil. Aku buat, 18 minit.
>>>Public Speaking
Task ni diadakan sebaik sahaja lepas korang penat berlari... Korang akan diberi satu patah perkataan dan bentangkan tentang perkataan tersebut dalam Bahasa Inggeris. Preparation diberi selama 3-5 minit. Tajuk yang aku dapat, Shirt. Ada yang dapat pasal ThumbDrive, Pen, Komputer dsb.
Personaliti:
Jaga kelakuan diri, cara cakap, cara gelak, cara makan dan cara bersembang dengan kawan-kawan kerana anda sentiasa diperhatikan dan anda akan dapat nombor badan yang besar digantung dileher dan terpampang di dada sebagai pengenalan diri. Bak kata kawan kau PAC ni bukan tempat untuk memilih tapi tempat untuk membuang, silap sikit ja dia akan reject.
Untuk 2 jawatan lagi tu, nanti aku akan update.
**Ini merupakan pengalaman aku dan nasihat yang tertera di atas merupakan idea dari kawan aku yang dah berjaya menjadi seorang PTD dan berkhidmat di Bahagian Dasar,KPKK
ASAP
Kak Jah: Puan, pegawai akaun dulu selalu bila bagi arahan asyik tulis asap,asap
Puan: Yela, dia nak cepat kan, sebab tu dia tulis asap...
Kak Jah: Kitorang ni kan makcik-makcik. Mana paham asap tu ape, biar jela, selagi belom cukup 3 hari, kat situ la kerja tu...
Puan: Kenapa?
Kak Jah: Kitorang biar la dia berasap kat situ...
Puan: sedang ketawa sampai merah muka.....
LOL
ASAP= As Soon As Possible
Wednesday, April 13, 2011
Hari Tua
CAHAYA CHENTA untuk aku dan encik hubby tumpahkan kasih sayang kitorang yang dah melaut ni....Tuhan, dengarlah permintaan kami yang teringin nak menimang insan kecil yang keluar dari rahim aku.... Aku harap Tuhan yang Maha Pengasih Penyayang dan Maha Pencipta akan memakbulkan doa kami...Aku benar2 berharap.....
Banyak jugak yang aku belum dapat tapi yang paling aku nak ialah insan kecil yang akan membuatkan perut aku lebih comel dari biasa, sekarang ni pon comel tapi tanpa isi..Ahahahaha...Aku nak ada insan kecil yang tendang2 manja perut ni dari dalam...Tuhan, makbulkan permintaan aku.....
Friday, April 1, 2011
AsamGaramHidup - Makcik Teksi
" Kan makcik jaga cucu makcik?"
Thursday, March 31, 2011
Rasa Muak
Tapi hari ni aku tak beli untuk masuk perut sendiri tapi ini kerja amal membantu kawan2 yang teringin nak merasa gembira dengan benda yang affordable dan berbaloi!! Dah dua hari melantak McD Breakfast, rase muak dan loya menguasai diri. Padahal "menatang" ni selalu membuatkan aku rasa mengidam...hahahahaha..macam tak percaya je bila aku berjaya mewujudkan rasa jemu dalam diri terhadap McD breakfast. Tu la, mak pon penah pesan...Kalau nak merasa nikmat makanan tu, jangan makan terlalu banyak. bila banyak sanagt, kita akan jemu dan hilang nikmat tersebut... Dan harini anak mak telah jemu terhadap McD breakfast. HOHO...Aku harap jemu ni berpanjangan, at least aku bleh jaga badan dalam usaha untuk mendapat cahaya comel...
So, harini kata-kata mak memang terbukti...berhenti time sedap....