Mommy and Daddy to be...

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, January 5, 2012

Isu Kehidupan

When people keep asking about
when will you getting pregnant? = when will you die?
Sama kan? Sebab semua tu urusan Allah. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA kan?
Firman Allah SWT ;
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu... Sesungguhnya Allah amat mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui... (Surah Al-Baqarah: Ayat 216)
Kadang-kadang aku tak paham dengan keadaan sekeliling yang sibuk bertanya yang tak kahwin, bila nak kahwin, yang dah kahwin, bila nak mengandung, yang dah ada anak 1, tanya plak bila nak tambah lagi 1... Rungsing kan? Sapa yang taknak menjalani kehidupan yang sempurna kan? Semua orang impikan hidup yang indah, ada keluarga, bahagia hingga ke akhirnya, tapi hidup kita ni telah direncanakan oleh Allah SWT. Kadang-kadang bila Allah tak bagi kita jodoh lagi, semestinya kita akan rasa sedih sedangkan kawan-kawan sekeliling masing-masing dah ada hidup sendiri, kita jugak yang terkontang kanting, tapi cuba kita fikir dari sudut yang lebih positif. Yang tak kahwin lagi ni mungkinpunyai lebih banyak masa untuk diluangkan bersama mak ayah dan keluarga, boleh simpan duit banyak2, boleh bina karier dan macam2 lagi. Mungkin jugak kawan kita yang dah kahwin masa dia kena bahagi antara parents ngan in law, duit kena spend untuk bina keluarga, kena bahagi masa karier ngan family dan macam- macam lagi.
Sama jugak dengan yang blom mengandung. Majoriti wanita yang berkahwin mesti mengimpikan punyai anak-anak sebagai pengikat kasih antara pasangan. Mengandung bukanlah perkara yang mudah bagi perempuan yang mengalami pelbagai masalah yang menghalang berlakunya kehamilan. Sokongan dari persekitaran juga amat penting. Sesetengah wanita sensitif, tak boleh nak stress sangat. Tapi camana tak stress kalo setiap hari ada je orang yang "prihatin" sangat dok tanya, bila nak lekat, bila nak berisi?bila nak bertiga? Sebok je nak tanya. Kalo sekali, dua kali, terasa keprihatinan tu, tapi kalo dah tiap-tiap kali jumpa dok tanya benda yang sama, memang terasa nak bagi lempang je. Pastu siap bleh dok compare plak ngan dia, "Dulu, Kak Temah (Bukan nama sebenar) kahwin je terus lekat, takyah tunggu lama2, orang sekarang ni memang lambat ye..." Hmm... mesti ada yang pernah jumpa keadaan macam ni kan.
Yang lagi buat aku tak paham bila dah pregnant, dok kata camni plak, kat orang lain, "Ko bila nak pregnant ni, jangan lambat macam dia ni..." Kena jugak kan? Tu yang aku tak paham tu... Macam jadi masalah besar plak kat dia....Skang ni dah jadi masalah aku plak sebab dok fikir nape dia camtu...Hahahahaha...