Mommy and Daddy to be...

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, February 24, 2010

Cinta??


"Love is as much of an object as an obsession, everybody wants it, everybody seeks it, but few ever achieve it, those who do will cherish it, be lost in it, and among all, never...never forget it.

Semua orang perlukan Cinta dalam hidup...Cinta pulak bukan hanya terhad terhadap insan atau manusia denga manusia, cinta boleh wujud terhadap Pencipta, alam, haiwan dan macam2... Tapi kadangkala kita tersilap dalam menilai cinta...rasa macam bahagia je, tapi tak sedar, orang yang menabur cinta tu sedang menagih sesuatu dari kita...
Takut kan kalau perkara macam tu terjadi...Bercerita berdasarkan pengalaman seorang rakan... Dia terlalu menghargai cintanya terhadap seorang lelaki yang kononnya sakit dan mengharap belas cinta dari si gadis, sampai si gadis ni sanggup menjadi "Punching Bag" merelakan diri diperlakukan seolah2 tidak bernyawa...Lebam2 kena pukul, masih bersabar lagi. sanggup tunggu lagi, tak tau la kat mana yang istimewa sagat lelaki ni.. Bila ditanya, nape la sanggup biar diri kena pukul camtu sedangkan korang cuma bercinta...belum lagi kahwin, tak dapat nak bayangkan betapa teruknya...dengan tenang dia jawab, mungkin si lelaki ni menghadapi tekanan dan melalui cara tu je, lelaki tu dapat hilangkan tekanan dia..musykil kan...pastu dia siap bagitau yang lelaki ni akan minta maaf balik dan bawa si gadis ke klinik, untuk dapatkan ubat...Katanya lagi si lelaki ni dah janji yang dia cuma pukul si gadis ni sebelum dorang kawin, lepas kahwin, dia janji akan jaga si gadis ni baik2... Pelik, tapi itulah yang berlaku...
Musykil dengan perlakuan dua sejoli ni, so, diamkan aje, sampai la kejadian di satu malam...
Dalam lingkungan 12 tgh malam si gadis datang ke rumah dan mengadu yang si lelaki ni semakin jauh dengan dia, dia nak cari jugak lelaki ni, sampai jumpa...dia nekad, nak pegi jugah meredah gelap pekat malam. Dahsyatnya Cinta si gadis....Sampailah terbongkarnya satu rahsia bila sy mengasak si gadis ni dengan pelbagai soalan yang dia tak mampu jawab... Sambil dia memeluk sy dengan esak tangisnya, dia mengaku; Katanya,"Sebenarnya,aku da terlanjur...aku minta maaf"...Terasa kelam mata saya di waktu tu...susah nak gambarkan bila Kawan baik sendiri mengalami konflik diri yang maha hebat...Rasa simpati,sedih,marah bercampur aduk...Malangnya dirimu kawan... Itulah penangan Cinta, Mengasyikkan hingga mampu buat insan hilang pertimbangan, hilang pedoman, terlurut segala prinsip yang diamalkan, gara2 cinta...
Nafsu tidak hadir dengan Cinta, Tapi Cinta membenihkan Nafsu...Sebab tu lah Cinta tu perlu diletakkan pada tempatnya.
Simpati dengan nasib si gadis, skang ni, si lelaki telah pun mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita lain, dan bukannya si gadis. Kesian kan, tapi apa yang mampu kita buat, saya masih bersyukur kerana keterlanjuran mereka tidak membenihkan zuriat, andainya berlaku, malangnya nasib si bayi yang bakal lahir ke dunia....
Si gadis kini amat takut untuk menerima mana2 lelaki dalam hidupnya, dia risau sejarah hitamnya terbongkar...
Semoga Si Gadis tenang dan Tabah mengharungi liku2 hidup...
Cinta kan...Cinta tu sebenarnya amat Indah dan Suci...Tapi disebabkan adanya Tangan2 yang menodai Cinta, maka Cinta itu ternoda....Cinta harus diiringi dengan akal dan pertimbangan yang waras, disulami dengan agama..Insyaallah, Cinta itu bakal harum mekar dan Indah selamanya...

" Cinta itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal...Qaisy mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cita kepada isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet membuktikannya..."

No comments:

Post a Comment