Mommy and Daddy to be...

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, April 29, 2011

Program "Assesment Centre"

Dah lama dah terdetik nak tulis pasal ni, tapi kekangan masa membuatkan aku terlupa dan harini ada masa terluang sebab dah berjaya menghabiskan task sebelum cuti...Yeay.Tahniah la untuk diri sendiri ye...
Program Assesment Centre ataupun Lebih dikenali sebagai PAC. Ye..Boleh dirumuskan yang mulai tahun 2011, semua pengambilan Pegawai Awam bagi Gred 41 diwajibkan melalui satu ujian yang dipanggil PAC.
PAC ni ape eh?PAC ni lebih kurang macam ujian yang diadakan untuk lebih mengenalpasti personaliti calon-calon yang telah lulus ujian SPA, dan layak untuk menjalani sesi temuduga. Huh, panjang plak mukadimah ni, Maknanya ada 4 step ye kawan-kawan...
1) Isi form kat SPA Online
2) Hadir dan lulus Ujian Bertulis
3) Dipanggil untuk menjalani PAC
4) Temuduga
Ok. Itu adalah flow biasa untuk kita menjadi seorang penjawat awam yang menurut perintah dan berkhidmat untuk negara katanya....Buat masa ni aku dah ada tiga pengalaman attend PAC. i) Pegawai Tadbir & Diplomatik
ii) Pegawai Penerangan
ii) Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan)
Dukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan gagal dalam PAC PTD yang telah.....bla...bla....Itulah result aku untuk PTD.Hehehehe, aku dah agak sebab masa aku pergi PAC tu, boleh dikatakan semua calon adalah golongan yang boleh dikatakan hebat pada pandangan mata aku (maknanya aku tak hebat macam diorang tu). Masa aku pegi tu, PAC tersebut cuma berlangsung 1 hari sahaja. Aku difahamkan oleh fasilitator time tu, bajet telah dikuncupkan sebab sebelum ni, PAC dijalankan 3 hari dengan penginapan dan makan disediakan oleh pihak penganjur (SPA).
Ok, ni dah sampai point yang penting, apa ujian atau tugasan yang perlu korang bakal calon hadapi sepanjang PAC ni.
Untuk calon Pegawai Tadbir & Diplomatik
>>> Kerja Kumpulan (Role Play)
Masa task ni berlangsung, korang akan dibahagikan pada beberapa kumpulan. Korang akan diberikan beberapa peralatan untuk mereka cipta satu produk yang menarik untuk dipasarkan (time aku, kitorang buat sut sukan dan beg serbaguna). Lepas dah siap mereka, korang perlu buat pembentangan pada juri untuk diberikan markah. Masa ni markah mungkin dinilai pada kreativiti dan keupayaan korang bekerjasama dan juga menjadi jurucakap mengenai sesuatu benda.

>>>Pembentangan Individu
Tugasan ni pulak, korang kena prepare pada masa sebelum Kerja Kumpulan dan akan dipanggil seorang demi seorang. Tapi dalam masa yang sama korang perlu siapkan tugasan kumpulan yang aku dah terangkan kat atas tadi. Dalam task ni, korang diberikan tajuk yang umum dan berkait dengan isu semasa. (Masa ni, aku dapat 2 tajuk dan kena pilih 1, a) Cuti bersalin dilanjutkan kepada 90 hari, setuju @ tidak & Kepentingan F1 kepada Negara)Perkara yang tak best pasal Individual presentation ni adalah, korang kena prepare 2 tajuk tapi dia akantanya salah satu. Suka hati dia (juri/fasi) la nak suh korang cerita yang mana satu. Bukan ikut suka hati kita tau...

>>>Outdoor Group Activities
Part ni pulak, korang akan bermain permainan yang menguji kecepatan dan ketepatan minda seseorang dalam merangka rancangan dan membuat keputusan. Human Puzzle dsb...Be creative, particpative & team player. Jangan hanya jadi passanger dalam group ok...

>>>Kecergasan/Fitness
Time ni la aku kantoi...hahahaha, sebab comel sangat,berlari pon lambat. 2.4KM di bawah 15 minit. Jangan lari dan berhenti dan lari. anda akan cepat semput. Jaga pernafasan dan teruskan berlari walaupun dengan langkah yang kecil. Aku buat, 18 minit.

>>>Public Speaking
Task ni diadakan sebaik sahaja lepas korang penat berlari... Korang akan diberi satu patah perkataan dan bentangkan tentang perkataan tersebut dalam Bahasa Inggeris. Preparation diberi selama 3-5 minit. Tajuk yang aku dapat, Shirt. Ada yang dapat pasal ThumbDrive, Pen, Komputer dsb.

Personaliti:
Jaga kelakuan diri, cara cakap, cara gelak, cara makan dan cara bersembang dengan kawan-kawan kerana anda sentiasa diperhatikan dan anda akan dapat nombor badan yang besar digantung dileher dan terpampang di dada sebagai pengenalan diri. Bak kata kawan kau PAC ni bukan tempat untuk memilih tapi tempat untuk membuang, silap sikit ja dia akan reject.
Untuk 2 jawatan lagi tu, nanti aku akan update.

**Ini merupakan pengalaman aku dan nasihat yang tertera di atas merupakan idea dari kawan aku yang dah berjaya menjadi seorang PTD dan berkhidmat di Bahagian Dasar,KPKK

ASAP

A.S.A.P

Kak Jah: Puan, pegawai akaun dulu selalu bila bagi arahan asyik tulis asap,asap
Puan: Yela, dia nak cepat kan, sebab tu dia tulis asap...
Kak Jah: Kitorang ni kan makcik-makcik. Mana paham asap tu ape, biar jela, selagi belom cukup 3 hari, kat situ la kerja tu...
Puan: Kenapa?
Kak Jah: Kitorang biar la dia berasap kat situ...
Puan: sedang ketawa sampai merah muka.....

LOL
ASAP= As Soon As Possible

Wednesday, April 13, 2011

Hari Tua

11 April 2011 Genap usia aku 26 tahun...Huh...cepatnya masa berlalu.Banyak lagi yang aku belum capai dalam hidup ni. Checklist antara Impian yang dah terlaksana: #1. Belajar sampai dapat Degree #2. Kerja (Tapi masih blom permanent) #3. Kahwin ( Mak kata kalau nak kahwin, kita kena cari orang yang sayang kita lebih dari kita sayang dia, tapi ikut kes aku ngan encik hubby kitorang saling sayng menyayang...hahahaha) #4. iPhone (Wuuhuuu...thanks for the anniversary gift darling!!yang ni aku listkan sebab aku amat teringin dengan gajet epal & dah dapat the one & only for this time being...) Tu antaranya le...banyak lagi kalau aku nak list down. tapi yang paling aku nak dan aku tak dapat lagi adalah...

credit for this cute pixx


CAHAYA CHENTA untuk aku dan encik hubby tumpahkan kasih sayang kitorang yang dah melaut ni....Tuhan, dengarlah permintaan kami yang teringin nak menimang insan kecil yang keluar dari rahim aku.... Aku harap Tuhan yang Maha Pengasih Penyayang dan Maha Pencipta akan memakbulkan doa kami...Aku benar2 berharap.....


Banyak jugak yang aku belum dapat tapi yang paling aku nak ialah insan kecil yang akan membuatkan perut aku lebih comel dari biasa, sekarang ni pon comel tapi tanpa isi..Ahahahaha...Aku nak ada insan kecil yang tendang2 manja perut ni dari dalam...Tuhan, makbulkan permintaan aku.....

Friday, April 1, 2011

AsamGaramHidup - Makcik Teksi

Setiap pagi aku akan tumpang Kak Faridah untuk ke ofis. Nak dijadikan cerita, hari ni aku ponkeluar la awal sebab bangun awal dan berjaya siap awal. Duduk lepak kat Bus Stop, tunggu Kak Faridah sambil melayan cerita MyGirl ( Aku tak boring lagi tengok cerita ni weh!!) Tunggu punya tunggu sampai la jarum jam ni tegak pukol 8. Hahaha...there must be something wrong somewhere... (Macam ayat mak tiri Sh. Amani dalam cerita Sindarela). Aku pon text Kak Faridah dan dia kata dia EL hari ni....

Demmm...(Aku menyumpah diri sendiri ye).

Nasib baik la area Jalan Ampang ni banyak bas. Naik bas pagi-pagi ni menimbulkan hangin bila driver bawak bas tak bertimbang rasa. Baru sebelah kaki aku cecah tangga dia da tekan pedal minyak....Sabar la bang...Aku da la pakai baju kurung ko tau tak...melangkah pon ala2 sopan la kan....Menambahkan lagi perasa kepada keBENGANGan aku, dia bleh isap rokok dikala pendingin hawa berfungsi dengan baik dalam bas tu...Ko nak bunih diri, pegi la sorang- sorang. Tak payah nak ajak penumpang bas ni mati skali weh....



Ok. Tamat. Eh blom, maksud aku tamat bab Bas. Aku pon turun kat Citibank dan menyeberang jalan ke Ampang Park terus menyambung destinasi ke ofis dengan menaiki teksi pulak...sebab jam dah pukul 8.20 am. Alhamdulillah, dapat teksi...Makci yang bawak..Huh, salute la makcik...Disebabkan dia seorang wanita, aku pon duduk kat seat depan.


"Makcik dah lama ke bawak teksi?"(Hebat sungguh makcik ni)

"Dah 3 tahun lebih kurang. Makcik dah lama tak hantar orang pegi BERNAMA. Dulu selalu..."

"Anak-anak dah besar ke makcik?"

"Dah...Yang nombor 2 dah kawen. 3 lagi dok belajar....Cucu 4 orang.."


(Oh...seronoknya makcik ni dah ada cucu...Mesti mak aku pon seronok camni kalau ada cucu kan...Syahdu kejap...)

Dalam kepala aku dok mencongak umur makcik ni sebab kat dashboard tu kan ada driver identity card . Dah lebih separuh abad. Kuat lagi dia kerja. Mesti ada tuntutan hidup yang membuatkan dia kuat....


" Susahla dik, makcik ni Ibu Tunggal, kena la cari duit sendiri. Ada anak pun susah nak merasa duit diorang"


Ohhhh...luahan hati seorang ibu, tunggal plak tu...Kan anak dia dah keja 2 orang, sorang dah kawen....



"Petang2 makcik jaga cucu. Pengasuh tu jaga sampai petang je. Anak makcik balik malam.."



Rajinnya makcik ni. Tapi opah mana yang tak sayang cucu kan...mesti dia kesian tengok cucu dia. Tapi kau dapat bayangkan makcik ni mesti kudrat dia tak kuat sangat, tapi semnagat dia melebihi kudrat yang dia ada...



" Makcik bukan nak berkira dengan anak2, tapi memang nak bagi RM50 pon makcik nak kena mintak...Kalau orang lain tu, tak payah mintak pon anak-anak pandai bagi sendiri. anak makcik tak macam tu. Nak tunggu memang tak dapat, bila mintak pon belum tentu dapat. Sebab tu la makcik kena kerja jugak."



" Kan makcik jaga cucu makcik?"


"Jaga la dik, cucu kita, kot la nak hulur RM50 sebulan untuk makan anak2 dia, tapi tak pernah langsung...Lepas tangan lagi kat kita yang tua ni..."


Dah sampai ofis...


Banyak lagi yang aku sembang ngan makcik ni... Yang mana yang aku ingat aku taip sebab yang aku ingat ni amat menyentuh hati aku. Pengorbanan seorang Ibu tu, kita takkan mampu balas walaupun kau ada sejuta ringgit dalam tangan sekarang...

Aku rasa marah jugak la kat anak makcik ni. Dah la mak kau jage kau dari kecik...Anak kau pon mak kau jaga....RM 50 pon pon kau tak bleh hulur ke....

Mak kita tak pernah mintak kan, tapi kalau kita bagi RM50 pun dia dah seronok sangat. Gembirakan la hati Mak Ayah kita time mereka ada. Jangan lepas Allah dah panggil depa, baru kita nak menyesal. Aku kesian weh kat makcik ni...(Allah bagi aku peluang untuk dengar rasa hati seorang ibu hari ni...)