Mommy and Daddy to be...

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, April 29, 2011

Program "Assesment Centre"

Dah lama dah terdetik nak tulis pasal ni, tapi kekangan masa membuatkan aku terlupa dan harini ada masa terluang sebab dah berjaya menghabiskan task sebelum cuti...Yeay.Tahniah la untuk diri sendiri ye...
Program Assesment Centre ataupun Lebih dikenali sebagai PAC. Ye..Boleh dirumuskan yang mulai tahun 2011, semua pengambilan Pegawai Awam bagi Gred 41 diwajibkan melalui satu ujian yang dipanggil PAC.
PAC ni ape eh?PAC ni lebih kurang macam ujian yang diadakan untuk lebih mengenalpasti personaliti calon-calon yang telah lulus ujian SPA, dan layak untuk menjalani sesi temuduga. Huh, panjang plak mukadimah ni, Maknanya ada 4 step ye kawan-kawan...
1) Isi form kat SPA Online
2) Hadir dan lulus Ujian Bertulis
3) Dipanggil untuk menjalani PAC
4) Temuduga
Ok. Itu adalah flow biasa untuk kita menjadi seorang penjawat awam yang menurut perintah dan berkhidmat untuk negara katanya....Buat masa ni aku dah ada tiga pengalaman attend PAC. i) Pegawai Tadbir & Diplomatik
ii) Pegawai Penerangan
ii) Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan)
Dukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan gagal dalam PAC PTD yang telah.....bla...bla....Itulah result aku untuk PTD.Hehehehe, aku dah agak sebab masa aku pergi PAC tu, boleh dikatakan semua calon adalah golongan yang boleh dikatakan hebat pada pandangan mata aku (maknanya aku tak hebat macam diorang tu). Masa aku pegi tu, PAC tersebut cuma berlangsung 1 hari sahaja. Aku difahamkan oleh fasilitator time tu, bajet telah dikuncupkan sebab sebelum ni, PAC dijalankan 3 hari dengan penginapan dan makan disediakan oleh pihak penganjur (SPA).
Ok, ni dah sampai point yang penting, apa ujian atau tugasan yang perlu korang bakal calon hadapi sepanjang PAC ni.
Untuk calon Pegawai Tadbir & Diplomatik
>>> Kerja Kumpulan (Role Play)
Masa task ni berlangsung, korang akan dibahagikan pada beberapa kumpulan. Korang akan diberikan beberapa peralatan untuk mereka cipta satu produk yang menarik untuk dipasarkan (time aku, kitorang buat sut sukan dan beg serbaguna). Lepas dah siap mereka, korang perlu buat pembentangan pada juri untuk diberikan markah. Masa ni markah mungkin dinilai pada kreativiti dan keupayaan korang bekerjasama dan juga menjadi jurucakap mengenai sesuatu benda.

>>>Pembentangan Individu
Tugasan ni pulak, korang kena prepare pada masa sebelum Kerja Kumpulan dan akan dipanggil seorang demi seorang. Tapi dalam masa yang sama korang perlu siapkan tugasan kumpulan yang aku dah terangkan kat atas tadi. Dalam task ni, korang diberikan tajuk yang umum dan berkait dengan isu semasa. (Masa ni, aku dapat 2 tajuk dan kena pilih 1, a) Cuti bersalin dilanjutkan kepada 90 hari, setuju @ tidak & Kepentingan F1 kepada Negara)Perkara yang tak best pasal Individual presentation ni adalah, korang kena prepare 2 tajuk tapi dia akantanya salah satu. Suka hati dia (juri/fasi) la nak suh korang cerita yang mana satu. Bukan ikut suka hati kita tau...

>>>Outdoor Group Activities
Part ni pulak, korang akan bermain permainan yang menguji kecepatan dan ketepatan minda seseorang dalam merangka rancangan dan membuat keputusan. Human Puzzle dsb...Be creative, particpative & team player. Jangan hanya jadi passanger dalam group ok...

>>>Kecergasan/Fitness
Time ni la aku kantoi...hahahaha, sebab comel sangat,berlari pon lambat. 2.4KM di bawah 15 minit. Jangan lari dan berhenti dan lari. anda akan cepat semput. Jaga pernafasan dan teruskan berlari walaupun dengan langkah yang kecil. Aku buat, 18 minit.

>>>Public Speaking
Task ni diadakan sebaik sahaja lepas korang penat berlari... Korang akan diberi satu patah perkataan dan bentangkan tentang perkataan tersebut dalam Bahasa Inggeris. Preparation diberi selama 3-5 minit. Tajuk yang aku dapat, Shirt. Ada yang dapat pasal ThumbDrive, Pen, Komputer dsb.

Personaliti:
Jaga kelakuan diri, cara cakap, cara gelak, cara makan dan cara bersembang dengan kawan-kawan kerana anda sentiasa diperhatikan dan anda akan dapat nombor badan yang besar digantung dileher dan terpampang di dada sebagai pengenalan diri. Bak kata kawan kau PAC ni bukan tempat untuk memilih tapi tempat untuk membuang, silap sikit ja dia akan reject.
Untuk 2 jawatan lagi tu, nanti aku akan update.

**Ini merupakan pengalaman aku dan nasihat yang tertera di atas merupakan idea dari kawan aku yang dah berjaya menjadi seorang PTD dan berkhidmat di Bahagian Dasar,KPKK

No comments:

Post a Comment