Mommy and Daddy to be...

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, June 4, 2010

Lagenda Budak Setan



Artist : Fili (Filianti Vlee)
Song : Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan Uuu…
Dalam harapan



Untuk Download MP3
Download OST Lagenda Budak Setan

Thanks to - http://www.keiroro.com

Cerita ni baru Bahagian Pertama...Maknanya ada sekuel seterusnya.

Monday, May 24, 2010

Lirik Lagu Finalis AF8


Ku Ada Kamu - Adira AF8


Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Kebahagiaan dalam Perpisahan - Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..


Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..



RSVP - Maulana AF8

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu



VIP - Iwan AF8

Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
Masa bercengkerama bersama mu

Korus:

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang

Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu oh oh...
Biar pitih hatiku

Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x

Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x

Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x




Kenapa - Daus AF8

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?



Weekend Chef

Hye...lame tak menjengah blog ini...Almaklumla, baru nak belajar berbelog, so kenala pandai nak adjust time...Baru balik dari Ipoh pagi ni...Highway kat Duta sangat jammed.Biasanya kalau dari Ipoh jam 5 pagi, akan sampai di Sentral KL jam 715 pagi, tapi malangnya hari ni kul 8 pagi baru sampai...Hmm..terbang RM14 sebab bayar duit teksi. Biasalah,traffic kat KL ni unpredictable.
Baru menghabiskan weekend yang gembira bersama Encik Suami.Weekend Masak-masak serumahtangga.Encik Suami yang paling happy.Hahahaha...Mana tak nya, 2 hari berturut-turut memerap kat rumah dan belajar jadi Suri Rumah,huh...bukan mudah ye tuan2 dan puan2..Menjadi suri rumah tangga ni, kerjanya tak berhenti...Kalau kat office sempat lagi la nak tengok Facebook, sembang ngan jiran sebelah meja, depan meja...'Anyam ketupat' sikit-sikit...hahaha..
Sampai je kat Ipoh Jumaat malam tu, kitorang berdua terus ke Econsave untuk membeli barang keperluan dapur, sebab semua da habis termasuk la beras...Dah sebulan dapur tu tak berasap, sebab asyik melantak kat rumah mak ngan mertua je,ni nak kena perasap balik la...So kena beli bahan-bahan yang sepatutnya.Encik Suami teringin nak makan Nasi Ayam, tapi nak yang masak sendiri tak nak yang kat kedai.So, beli la barang2 yang patot untuk preparation Nasik Ayam... (Kalau beli kat kedai RM4.50 je, dah nak masak, kos lebih sikit tapi berbaloi sebab boleh makan sampai malam)Da siap beli semua ( Time tu baru sedar, customer yang tinggal adalah kami berdua je,sebab yang lain semua pakai baju hijau-staff kat situ) kitorang pon cepat-cepat pegi bayar dan terus balik.Esok nak perasap dapur dengan Nasi Ayam,Percubaan Pertama ni...bukan calang-calang tau.






Hari Sabtu, menunya adalah Nasi Ayam (Kul 12 dah siap masak) dan aktiviti dua laki bini ini adalah makan sambil bermalas-malasan di rumah.Petang tu mak ngan ayah pon sampai.Tibe2 pulak tu, nasib baek rumah dan diri masing2 dalam keadaan kemas dan rapi.Hehehe, kalo tak, abes kantoi.Kehadiran mak dijamu dengan Nasi Ayam buatan sendiri..Jeng..jeng..jeng..Mak yang bertindak selaku Pengkritik Makanan yang diiktiraf keluarga mula mengeluarkan komen-komen yang bernas."Sos ni kurang masin la kakak, kena tambah garam, baru balance masam manis dan pedasnya..Nasi okay, tapi kurang masin jugak,Sup ni, kurang masin jugak. ayam okay, kicap pon okay.Overall okay,kalo orang sakit yang makan ni memang bagus, menjaga kesihatan(sempat pulak mak bantai aku).."

Encik Suami senyum dengan hidung yang kembang kempis sambil menjawab kritikan mak mertuanya,"Pandai kan Nurul masak mak.." Huh, aku pulak yang kembang punggung dengar pujian Encik Suami.

Petang tu jugak tiba-tiba terlintas idea nak buat Kek Batik.


Image ni aku Google sebab lupa nak snap gambar

Heh, nama macam gempak tapi sebenarnya Bukan susah pon, ala,Biskut Marie yang salut ngan coklat tu.Ini feveret aku.Sebelum Maghrib, ajak encik Suami keluar beli bahan-bahannya.Lepas Maghrib aku pon buat dengan semangatnya.Terima Kasih Cik Rome atas resepi yang bernas tu.hehehe..Disebabkan rasa excited kami berdua, malam tu jugak aku potong.Susahnya Ya Allah, Sebab kan Biskut tu rapuh, so keras sket.Berlubang bekas kek tu aku kerjakan.Rasanya kek tu tapi kena simpan lama sikit kot nak bagi dia jadi liat sket.Sbeb esoknya bila aku potong da okay sket dari semalam yang amat susah..Esoknya(Ahad) En.Suami kena pegi office, ada orang nak jumpa katanya, aku dok kat rumah sorang2, terkulat-kulat tak tau nak buat apa.Mula-mula kemas rumah yang diselerakkan oleh kami jugak (macam ada anakkecik je gaya bersepahnya rumah)mane tak nya,kat situ la jajan-jajan stok untuk tengok tv,kat situ la bantal2 bergelimpangan,ingat nak kemas same2 skali dia kena g office, terpaksala aku gak yangkemas semua. Dah alang-alang mengemas, langsung basuh baju, ganti cadar terus masak lunch..Simple je lunch hari Ahad,sambal tumis telur(favourite Encik Suami),ikan keli goreng dengan sup ayam semalam. Masa bukak fridge, ada pulak ikan kembung 7 ekor.Nak dimasak macam banyak sangat untuk makan berdua,Pling!!Idea tiba, ditambah dengan semangat rajin nak masak,terjadilah kuah laksa.First time tu masak laksa, menjadi jugak la.Daun kesum, dengan bunga kantan lambat sket masuk sebab kena tunggu En.Suami balik.Yess!!seronok sebab Laksa menjadi.Tak la teruk sangat kan...

Kesimpulan yang dapat aku buat minggu ni adalah, memasak bukan la susah sangat ye para isteri yang budiman sekalian,bak kata mak aku Rajin dengan tak je...So,maknanya aku rajin la kan...Huhuhuhu...


Friday, May 14, 2010

AdaMaya



Morning..Jumaat yang damai...Da abes dah cerita AdaMaya...Ending yang happy...Bila tengok cerita ni, ada ke suami yang tahap kesabarannya macam Adam?Sanggup terima yang Cinta isterinya pada lelaki lain selama 6 tahun...Bukan satu masa yang singkat....tapi cerita ni sangat enjoy dan ada mesej.
Tentang pelakonnya plak, not bad.Watak Antagonis si Dani ni memang sangat annoying.Dani(Faizal) berjaya buat penonton benci sangat kat dia,dengan perangai yang tak berapa nak matured, sangat obses pada cinta pertama, tak menghormati orang lain, tak suka budak2(bengang sangat bila dia pukul Amani) tambah lagi tak puas hati bila Maya still tergila-gilakan dia.Bila anda semua rasa macam ni,maknanya dia dah berjaya melakonkan watak tu...Tapi dalam dunia sekarang ni, macam2 boleh berlaku kan....Sanggup ceraikan isteri semata2 demi kekasih hati yang belum tentu dapat dimiliki, huh, bukan perkara mudah.
Watak Adam(Sein) yang muke sweet camtu memang buat sape2 pon yang tengok boleh jadi cair.Dah la handsome, penyayang, bapa yang sangat baik pada anak dia yang jugak sangat cute, suami yang penyabar.Semua orang akan wish someday nak dapat suami macam Adam atau pun, harap suami2 yang tengok cerita ni mampu buat pengorbanan kat isteri, kasih dan cinta pada isteri(walaupun isteri dia curang)macamana Adam buat kat Maya (hahaha...jangan tipu sebab ada part2 tertentu yang I wish my husband could do the same). Adam berjaya menjadi suami dan ayah yang sangat lovely dan caring kat anak dia, Amani(yang sangat cute dan petah) .
Maya pulak, hm...suke kat dia since cerita I'm Not Single...Dia pandai menghidupkan watak...hahaha...kalo dia menyampah, macam da tak nak pandang lagi muka orang berkenaan.Tapi bengang jugak sebeb dia buta menilai cinta Adam.Lagipon tak baik tau buat suami macam tu.Terluka Adam.Tapi best bila dia da sedar salah dia semalam.Huh, time dia jumpa Dani tu macam ada satu semangat yang baru dan dia da sedar yang Cinta dia adalah untuk Adam. Bila dia dah berjaya tinggalkan Dani bermakna dia dah berjaya melupakan kisah cinta dia dengan Dani dan jugak bersedia berubah menjadi isteri yang baik pada Adam.
Part yang sedih bila Maya pegi Pameran Adam dan mintak maaf ngan Adam, Tapi Adam macam da fed up.Huh sadis sangat masa ni,tapi Adam bukannya kejam. Akhirnya berkat kesabaran Adam, Maya dah kembali kepada cinta Adam.best kan ending dia...In fact, saye memang suka sangat lakonan Lisa Surihani,walaupon pada awl kemuculannya nampak kaku, tapi dia dah berjaya...Tahniah Lisa, Sein, Faizal and the rest team of Adamaya...U guys hebatt...

p/s: Tiba2 dapat ilham nak buat scrap book pasal wish2 dalam hidup ini...Salah satu wish adalah wish semoga En.Suami membaca wish2 itu dan dapat realize kan impian2 itu..Ahhh...sangat bahagia..

Thursday, April 22, 2010

Mulut

Alkisah Char Koey Teow



Mulut masing2...Lain2 rasa...Da aku rasa sedap, aku suggest la yang aku rasa sedap...Yang korang nak yuckkss ke hape ke nape...Mulut lain2 ye...sedap tu kat mulut je bang...damasuk perut kenyang gak....

p/s:Tak faham...

Wednesday, April 21, 2010

Tak Gosok Gigi

Thanks for lunch ye encik amirul..n tahniah atas lantikan baru anda sebagai Pegawai tadbir. Ngah sedap dok makan sambil merepek dan mendengar alunan lagu Bad Romance yang dinyanyikan semula oleh seseORANG, sangat kelakar nyanyian dia (uppsss...sorry, tapi ini kenyataan, cam bunyik langau dah...)Tetiba kua isu tak gosok gigi...
Bunyik macam pelik kan...Tapi hakikatnya ada org camni...Tak sangka kan...Bunyi macam kelaka tapi cube berdepan ngan orang camni...mau pengsan dibuatnye...hahaha...
To Kak Ju, terima kasih atas info itu ye...Kepada insan berkenaan...Tolonglah gosok gigi anda...kalaupon buat bukan untuk diri sendiri...buatlah untuk persekitaran anda...supaya org yang di sekeliling itu akan merasa tenang dan selesa....

p/s: Dulu aku pon malas gosok gigi, tapi gosok gigi sebelom tido je la, pagi2 tu wajib!! Skang ni at least twicw a day aku gosok...Lagipon, April kan Bulan Kesihatan Oral...Jangan lupe gosok gigi untuk persekitaran yang lebih selesa...

Monday, April 19, 2010

P E N Y E S A L A N ...






Sekadar berkongsi emel yang diterima...(Psssttt...Ada benarnya....)Hehehe...Make sure kita takkan menyesal...Make a wise choice....

Friday, April 16, 2010

S U R P R I S E ! ! ! !

Hello Mellow...Lame da tak update blog ni...hmm...baru nak blaja berbelog, mase lak tak kena..so tak sempat nak update segale...hahaha..surprise...semua org suke surprise kan..huhu...
Mesti ramai yang attend exam hari sabtu lepas kan..Penat yang teramat lah sangatnye...huh...hiperbola sungguh!yela cube bayangka dari kul 9 pagi sampai la kul 430 petang...Naik cramp tangan ni menenyeh kat atas kertas tu...Memang la majoriti paper tu adalah berbentuk objektif, 2 paper je esei kan...Tapi memang sangat mencabar sebab....hahahah...Lame tidak menulis...Mase blaja dulu, tak rasa pon kan...Skang ni jari asik ketuk keyboard je...bila pegang pen/pensel dari pagi smapai la ke petang memang lenguh sampai takleh nak angkat....huh....0keh, lupakan pasal exam, da lepas pon...ada rezeki alhamdulillah, kalo tak cube lagi ye..free je kan bukan kena bayar pon...
sebenarnye nak cerita pasal surprise ni, termelalut plak masuk exam segale....11 April 1985 adalah Hari Kelahiran sayen ke dunia ini...Maknanya 11 April 2010 adalah hari Ulangtahun Kelahiran saya yang ke 25...happy Birthday to me...Hehehe...terima kasih mak...atas segala2nya, susah payah mak, perit jerih nak melahirkan anak ini ke dunia...da la besar...anak sulung plak tu...cabaran2...
alkisahnye...malam tu kan ada final bola, N( ngan Kedah kan..(kalo tak silap la...)En.suami mintak temankan dia tengok bola...Dan sebelum tu en. Suami tersangat lah baik dan rajin...Siapkan makan, Hidang, Kemas dan basuh pon dia...Katanya, takpela, melayan wife yang balik seminggu skali...Yang si isteri ni pulak, apelagi, diala makhluk yang paling bahagia sebab kena layan cam puteri raja (takla puteri sangat, tapi boleh la)..Da setel En. Suami basuh pinggan, dia pon kua kan tilam bujang n letak kat depan TV..dan mengajak Puan Isteri ni join together-gether baring kat depan TV. Alasan nak temankan tengok bola, tapi dek kerana tersangatlah penat menjawab exam...Tak sampai 15 minit Puan Isteri da berlayar ke London...Paris dan New York...Hahaha...nasibla sayang, nak buat camana saya bukan la jenis yang minat bola, setakat tengok tanpa perasaan bolehla...Tiba2 kena kejut, terpisat-pisatla saye bangon denagan mamainya, menyangkakan yang En. Suami mengajak tido di bilik...sebab slalu dia buat macam tu...tapi malam tu tidak,...lain plak yang berlaku...
Tiba2...samar2 je nampak cahaya yang semakin mendekat da " happy Birthday to u...Happy Birthday to u... happy Bithday to my Sayang...happy Birthday to u..." huuaaaaa...terharunya...sendiri punya birthday pon bleh lupa gara2 exam...dan tak sangka En. Suami buat surprise camtu...HuhU..Pastu mase tu gak dia pakaikan tudung n.. snap gambor Puan isteri yang masih dialam fantasi dan realiti...

Thanks to u En. suami untuk surprise Birthday yang cuma melibatkan kita berdua pada malam yang hening itu...Bahagia tau...Yang lagi best plak, i got Mr. teddy yang kiut miut...Hm...Buat ubat rindu waktu jauh katanya....

Hm...tu la sedikit sebanyak cerita surprise di tengah malam..Dan tengah malam yang sweet itu berlalu dengan rasa yang berbunga2 di hati kami berdua...best kan dapat surprise, and to guys out there,Most of women love surprises...Kreatifkan diri anda...Bukan nilai hadiah tu sebagai ukuran tapi usaha anda untuk mengingati tarikh2 penting dalam hidup wanita yang anda sayang itu akan mencoret pengalaman yang sangat manis...betul...tak pecaye...Cuba la...tapi surprise yang patut padan la...jangan plak melampau2...kang lain plak jadinya...


















Monday, April 5, 2010

Panas Hati...


Benci la!!!!Bila kita elok2 nak join acara yang dorang anjurkan...dengan rela hati ye nak join, ape feedback dorang? "Sorry ye, korang bukan STAFF kat sini...Korang kan kontrak je..." Ok fine...Pasni aku takkan join lagi ape2 event yang korang buat...sebab, kitorang bukan staff...masalah yang buat aku sangat hangin hari ni adalah...
"Nurul, U pegi ye launching benda ni kat ****** , u ganti org ni, dia tak dapat nak attend" Hello...aku bukan staff ok...bukan nama aku yang tersenarai kat situ...suke2 hati je kan korang suh aku ganti...Kalu ada org, ada korang pedulik ke kat aku yang bukan staff ni? Time nak pakai org, mule la kata ni arahan ketua ni la, pengurus tu la...Wajib pegi...List nama ni dorang yang keluarkan....Masalahnya sekarang ni, yang keluar tu bukannya nama aku, aku disuruh ganti, maknanya, memang takda nama aku dalam list tu...Pandai2 korang je kan masukkan nama aku...Memangla aku taknak pegi...Bukan dorang tau pon nama aku kan. Lagipon korangyang pandai2 nak masukkan nama kau dalam list tu...
Yang aku pasti....Takkan la kalau tak pegi, nak terminate aku 24hrs kan?Bukan tugas hakiki pon...Da la penat harini, pagi2 da spoil mood aku, kena pegi sana la..ape la...arahan tu la... ni la...ape2 je la korang...Memang ni la karenah korang kan...Nak pakai baru nampak, kalau tak...Haram nak pandang...kan....
::Aku memang panas hati hari ni::

Tuesday, March 23, 2010

Bila Kita Sayang Orang Tu...

BILA KITA SYG ORG TU
KITA TERIMA JE APA YG ORG TU KATA
TP BILA DIA KATA KITA?
HATI KATA TAKPE SEMUA MANUSIA TAK SEMPURNA
BILA KITA SYG ORG TU
KITA TUNGGU DIA LAMA PUN X PER
TP BILE DIA TUNGGU KITA??? DIA MARAH2
HATI KATA ALA ADATLAH ADA YANG MENUNGGU DAN DITUNGGU..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA X TIDO PUN X PE JANJI LAYAN DIA YG TGH BOSAN,
TP BILA KITA BOSAN ADA DIA LAYAN KITA???
HATI KATA X PE DIA BUSY KOT..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA GADUH NGAN DIA, KITA DIAM JE
TP DIA HEBOH 1 DUNIA
HATI KATE X PE, DIA TENSION TUU¿.
BILA KITA SYG ORG TU
KITA CALL NAK CAKAP DGN DIA
TP DIA GAYUT DGN ORG LAIN..
BILA JD CAMTU,
HATI KATA X PE, DIA ADA HAL NAK CAKAP DGN KWN DIA¿
BILA KITA SYG ORG TU
KITA BERCERITA DGN DIA, CERITA NGAN TUNGGUL LG BAIK
TP BILE DIA BERCERITA NGAN KITA..
KITA DGR,
TAKPELAH, TAKKAN DIA ASYIK NK BUAT SEMUA BENDA UTK KITA..
BILA KITA SYG ORG TU
KITA X SANGGUP TGK DIA DERITA
TP DIA X PRNH HARGAI DIRI KITA,
HATI KATA, TAU X BETAPA KITA SYGKAN DIA?
BILA KITA SYG ORG TU
KITA SANGGUP TINGGALKN DIA SELAMA2NYA UTK DIA BAHAGIA
TP ADAKAH DIA TAHU PENGORBANAN KITA??
HATI KATA, X PE, JANJI DIA BAHAGIA.....

Sumber: E-mel

Rasa menarik plak ayat2 kat atas ni..Kalu hati dah sayang ape aje org yang kita sayang buat, takpe, buleh je semua...Tapi ada orang tu peduli ape yang kita rasa dan apa yang kita pernah buat untuk dia...sebab tu la masa buat keputusan nak kawin dulu, mak slalu pesan, pilih orang yang sayang kan kita, bukan kta je yang sayang kat dia...Mungkin ni la kesan2 dan situasi yang dihadapi bila kita je yang sayang tapi orang yang kita sayang tu tak penah nak rasa sayang kat orang yang sayang dia...Banyak sangat la sayang...hm...fening...Saya sayang Encik Hubby dan saya tau dia pon sayang saya....

Monday, March 1, 2010

::Prihatin::

Morning...Harini sangat mengantuk dan penat...Da la semalam tido tak berapa naklena, bangon awal plak tu...Lesu rasa badan ni...Tapi kerja tetap perlu diteruskan....
Haha...terlebih sudah melalut...Alkisahnye pagi ni, saye naik LRT Putra menghala ke Terminal Putra. Naik kat Sentral KL, dalam perjalanan tu, tetiba, ada sorang amoi ni terjatuh dan kejang...Saye yang terpejam start nek tren t adi, erusilang rase ngantok, terkejut ngan kejadian yang ngah berlaku kat depan mata ni...Cian kat amoi ni, da la jatuh, pastu dia cam kejang satu badan...tegak je, dan mata terbukak....Ape da jadi ngan amoi ni, takkan mati plak, tapi badan dia memeng keras, sampai bila orang ramai angkat pon dia still macam tiang...semua mata semestinya menumpukan perhatian pada apa yang sedang berlaku kat depan mata diorang...tak kurang yang membantu, tapi saye puji tindakan sepantas kilat orang kita membantu, menunjukkan yang diorang concern n tak tengok saje ape yang terjadi...sambung balik, hm...pas dia berjaya didudukkan, ada sorang auntie cine and pakcik kejutkan dia beberapa kali, amoi ni pon tersedar...huh...seb baik...dalam kepala saye ni dok berlegar dua soklan je, either dia mati @pun kena sawan....sebab badan dia memang kejang..yela, biasanya kan bila pengsan automatik dialembik n jatuh terjelepok, tapi amoi ni lain, dia jatuh tapi tegak je badan....siap mata terbukak lagi...interkom kecemasan dalam tren pon ditekan, sampai je kat stesen kg. baru, ada mamat petugas rapid KL ni dok tunggu dah...dia tanya apa masalah n ada org kata amoi ni akan turun kat ampang park...sampai je Ampang Park,da ada orang tunggu amoi ni...Tahniah le kepada Pihak Pengurusan Rapid KL (Putra LRT) atas ke"efisien"an anda...dan yang pastinya Saye bangga menjadi rakyat Malaysia kerana rakyatnya sangat prihatin dan bertimbang rasa tanpa mengira asal usul keturunan...Tahniah Malaysia kerana mempunyai rakyat yang sangat prihatin.....

Thursday, February 25, 2010

::Weekend Wife::

Hm....Kenapa weekend?Tapi tula realitinya...Saya di KL, Hubby di Ipoh...Cabaran2...Tapi bile tibe je Jumaat, rasa sangat gembira, taksabar nak balik, spending time together...
Bila sampai je kat Ipoh, Hubby amek n terus balik rumah, sampai je kat rumah...
"Syg rehatla dulu, mesti penat kan kat dalam bas"kata Hubby...Dia pon berlalu n terus masuk dapur. "Ketung,Ketang..."bunyi Kuali ngan sudip menari kat atas dapur dan bau harum orang menumis...Saya terus g shower n kua je bilik mandi...bau yang sedap menusuk idong ni...
"Syg, g pakai baju, pastu meh makan..."hm...bestnye!! dia masak Maggi Goreng...
Terharu kan...setiap minggu balik pon macam tu, Hubby akan masak sebaik je saya sampai umah..Tak kisahla ape pon, kadang2 bihun, mee, koey teow, tapi thumbs up!!memang sedap...Ni la antara bakat dia yang dapat dikesan lepas kawen. Pandai masak...hehehe...
Sambil makan tu dia bercerita yang dia da beli macam2 untuk masak esok, tapi, saya kena masak untuk makan tengahari...macam last week, mood nak masak tu kurang sket sebab da beberapa hari makan kat umah mak n mertua...Tapi sebeb hubby request, saya pon turutkan je...Ingatkan nakmasak yang simple2 je, sebab ikan ada lagi dalam fridge tu...terlintas kat kepala ni, buat masak lemak cili api la..
Hajat hati singgah kat kedai nak beli santan je, skali Hubby suggest, masak ayam skali la...Maka separuh ayam dibeli oleh kami berdua, benda len beli la sket2...serai,santan, cili api....
Sampai umah, upacara masak memasak pon bermula, dari 2 menu, jadi sampai 4 menu...Ayam Masak merah, ikan masak lemak cili padi,tauhu goreng+kicap bawang n cili dan ikan jacket sumbat...Kan da jadi banyak....
Pas siap masak, mandi, solat n siap makan....Lepas makan, dia offer diri,"takpela, nurul da penat masak kan...biar abg kemas dapur n basuh pinggan" bahagianye...masak hari2 pon takpe camni sayang....lepas settle semua tu aktiviti menonton dan melipat kain...."Abg mintak maaf ye Nurul, Basuh & Sidai kain,kemas rumah, abang boleh tapi lipat kain memang failed" alahai suamiku, cutenye muke sememeh die....takpela...kan perkahwinan tu perkongsian, so we have to share everything sayang....
Paling best lepas kahwin ada macam2...hehehe...biasela da kawin...Tapi yang paling mencipta momentum indah dalam perkahwinan adalah Solat Jemaah...Syahdu sangat bila Hubby imamkan Solat...Rase sempurna jadi seorang isteri, dan bahagia punyai suami...Pas solat salam tangan dia, Kucupan yang singgah kat dahi ni rasa terlalu bermakna dan sangat ikhlas....Moment camni la yang buat saya rasa taknak jauh ngan dia...boleh solat same2...masak n makan same2...betul kata ateh...Solat mase bujang ngan lepas kahwin berbeza sangat...saya dah rase...Thanks sayang for being my imam, my hubby hunny...Love u a lot...
Kenapa la cuti 3 hari je...hm....Tak sabar nak tunggu petang...Tiket da amek...yeay!

Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul Semua....

Wednesday, February 24, 2010

Cinta??


"Love is as much of an object as an obsession, everybody wants it, everybody seeks it, but few ever achieve it, those who do will cherish it, be lost in it, and among all, never...never forget it.

Semua orang perlukan Cinta dalam hidup...Cinta pulak bukan hanya terhad terhadap insan atau manusia denga manusia, cinta boleh wujud terhadap Pencipta, alam, haiwan dan macam2... Tapi kadangkala kita tersilap dalam menilai cinta...rasa macam bahagia je, tapi tak sedar, orang yang menabur cinta tu sedang menagih sesuatu dari kita...
Takut kan kalau perkara macam tu terjadi...Bercerita berdasarkan pengalaman seorang rakan... Dia terlalu menghargai cintanya terhadap seorang lelaki yang kononnya sakit dan mengharap belas cinta dari si gadis, sampai si gadis ni sanggup menjadi "Punching Bag" merelakan diri diperlakukan seolah2 tidak bernyawa...Lebam2 kena pukul, masih bersabar lagi. sanggup tunggu lagi, tak tau la kat mana yang istimewa sagat lelaki ni.. Bila ditanya, nape la sanggup biar diri kena pukul camtu sedangkan korang cuma bercinta...belum lagi kahwin, tak dapat nak bayangkan betapa teruknya...dengan tenang dia jawab, mungkin si lelaki ni menghadapi tekanan dan melalui cara tu je, lelaki tu dapat hilangkan tekanan dia..musykil kan...pastu dia siap bagitau yang lelaki ni akan minta maaf balik dan bawa si gadis ke klinik, untuk dapatkan ubat...Katanya lagi si lelaki ni dah janji yang dia cuma pukul si gadis ni sebelum dorang kawin, lepas kahwin, dia janji akan jaga si gadis ni baik2... Pelik, tapi itulah yang berlaku...
Musykil dengan perlakuan dua sejoli ni, so, diamkan aje, sampai la kejadian di satu malam...
Dalam lingkungan 12 tgh malam si gadis datang ke rumah dan mengadu yang si lelaki ni semakin jauh dengan dia, dia nak cari jugak lelaki ni, sampai jumpa...dia nekad, nak pegi jugah meredah gelap pekat malam. Dahsyatnya Cinta si gadis....Sampailah terbongkarnya satu rahsia bila sy mengasak si gadis ni dengan pelbagai soalan yang dia tak mampu jawab... Sambil dia memeluk sy dengan esak tangisnya, dia mengaku; Katanya,"Sebenarnya,aku da terlanjur...aku minta maaf"...Terasa kelam mata saya di waktu tu...susah nak gambarkan bila Kawan baik sendiri mengalami konflik diri yang maha hebat...Rasa simpati,sedih,marah bercampur aduk...Malangnya dirimu kawan... Itulah penangan Cinta, Mengasyikkan hingga mampu buat insan hilang pertimbangan, hilang pedoman, terlurut segala prinsip yang diamalkan, gara2 cinta...
Nafsu tidak hadir dengan Cinta, Tapi Cinta membenihkan Nafsu...Sebab tu lah Cinta tu perlu diletakkan pada tempatnya.
Simpati dengan nasib si gadis, skang ni, si lelaki telah pun mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita lain, dan bukannya si gadis. Kesian kan, tapi apa yang mampu kita buat, saya masih bersyukur kerana keterlanjuran mereka tidak membenihkan zuriat, andainya berlaku, malangnya nasib si bayi yang bakal lahir ke dunia....
Si gadis kini amat takut untuk menerima mana2 lelaki dalam hidupnya, dia risau sejarah hitamnya terbongkar...
Semoga Si Gadis tenang dan Tabah mengharungi liku2 hidup...
Cinta kan...Cinta tu sebenarnya amat Indah dan Suci...Tapi disebabkan adanya Tangan2 yang menodai Cinta, maka Cinta itu ternoda....Cinta harus diiringi dengan akal dan pertimbangan yang waras, disulami dengan agama..Insyaallah, Cinta itu bakal harum mekar dan Indah selamanya...

" Cinta itu kuasa yang luar biasa kerana mampu membuat seseorang melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh akal...Qaisy mati mendakap nisan Laila, Sappo dalam dongengan Yunani sanggup terjun dari puncak karang yang tinggi kerana berat menanggung rindu dan cinta, Rama sanggup berkorban apa saja demi Sita, Shah Jehan membina Taj Mahal sebagai bukti cita kepada isterinya, kisah Laila dan Majnun serta Romeo dan Juliet membuktikannya..."

Tuesday, February 23, 2010

Sekitar persandingan di Dewan Silveritage 9/01/2010

Nak masuk dewan








Kawan-kawan Hubby yang datang meraikan persandingan di sebelah pihak Lelaki..Thanks for coming, walaupon tak kenal semua, tapi cam sempoi je korang...Thanks again...







Wednesday, January 20, 2010

Single to Married







Best jadi wife...Penat jadi Wife...Tenang jadi wife...Macam2 perasaan bile bergelar isteri...Gembira...Perjalanan kenduri lancar cume malu je bile pengantin perempuan keluar 2 kali sebab DJ salah announce...Pengantin lelaki tak sampai lagi, p keluaq pulai...adoiiii...fail betoi....apepon...semua da selamat...Saat yang paling mendebarkan of course time ijab dan qabul...serius...bukan lagi butterfly, buffalo pon ada dalam stomach time tu....huhuu...sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada suami tercinta...Alhamdulillah....Syurga da berpindah pada suami...Kata Ateh, lepas bergelar isteri, Syurga kita makin jauh...MAsa bujang, syurga ada pada ibu, dia lebih kenal ank dia...kalu nak dibandingkan dengan suami...Jadi, bukan mudah nak jadi senang....

Penat masih bersisa, lepas selesai kenduri, acara bertandang pulak...ini yang penat sebenarnye...nak kena pergi setiap rumah sedara mara...macam minggu lepas.. tak sempat rehat langsung, balik je da malam, masing2 penat...jumpe plak seminggu sekali je...cian kitorang...