Mommy and Daddy to be...

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, April 1, 2011

AsamGaramHidup - Makcik Teksi

Setiap pagi aku akan tumpang Kak Faridah untuk ke ofis. Nak dijadikan cerita, hari ni aku ponkeluar la awal sebab bangun awal dan berjaya siap awal. Duduk lepak kat Bus Stop, tunggu Kak Faridah sambil melayan cerita MyGirl ( Aku tak boring lagi tengok cerita ni weh!!) Tunggu punya tunggu sampai la jarum jam ni tegak pukol 8. Hahaha...there must be something wrong somewhere... (Macam ayat mak tiri Sh. Amani dalam cerita Sindarela). Aku pon text Kak Faridah dan dia kata dia EL hari ni....

Demmm...(Aku menyumpah diri sendiri ye).

Nasib baik la area Jalan Ampang ni banyak bas. Naik bas pagi-pagi ni menimbulkan hangin bila driver bawak bas tak bertimbang rasa. Baru sebelah kaki aku cecah tangga dia da tekan pedal minyak....Sabar la bang...Aku da la pakai baju kurung ko tau tak...melangkah pon ala2 sopan la kan....Menambahkan lagi perasa kepada keBENGANGan aku, dia bleh isap rokok dikala pendingin hawa berfungsi dengan baik dalam bas tu...Ko nak bunih diri, pegi la sorang- sorang. Tak payah nak ajak penumpang bas ni mati skali weh....



Ok. Tamat. Eh blom, maksud aku tamat bab Bas. Aku pon turun kat Citibank dan menyeberang jalan ke Ampang Park terus menyambung destinasi ke ofis dengan menaiki teksi pulak...sebab jam dah pukul 8.20 am. Alhamdulillah, dapat teksi...Makci yang bawak..Huh, salute la makcik...Disebabkan dia seorang wanita, aku pon duduk kat seat depan.


"Makcik dah lama ke bawak teksi?"(Hebat sungguh makcik ni)

"Dah 3 tahun lebih kurang. Makcik dah lama tak hantar orang pegi BERNAMA. Dulu selalu..."

"Anak-anak dah besar ke makcik?"

"Dah...Yang nombor 2 dah kawen. 3 lagi dok belajar....Cucu 4 orang.."


(Oh...seronoknya makcik ni dah ada cucu...Mesti mak aku pon seronok camni kalau ada cucu kan...Syahdu kejap...)

Dalam kepala aku dok mencongak umur makcik ni sebab kat dashboard tu kan ada driver identity card . Dah lebih separuh abad. Kuat lagi dia kerja. Mesti ada tuntutan hidup yang membuatkan dia kuat....


" Susahla dik, makcik ni Ibu Tunggal, kena la cari duit sendiri. Ada anak pun susah nak merasa duit diorang"


Ohhhh...luahan hati seorang ibu, tunggal plak tu...Kan anak dia dah keja 2 orang, sorang dah kawen....



"Petang2 makcik jaga cucu. Pengasuh tu jaga sampai petang je. Anak makcik balik malam.."



Rajinnya makcik ni. Tapi opah mana yang tak sayang cucu kan...mesti dia kesian tengok cucu dia. Tapi kau dapat bayangkan makcik ni mesti kudrat dia tak kuat sangat, tapi semnagat dia melebihi kudrat yang dia ada...



" Makcik bukan nak berkira dengan anak2, tapi memang nak bagi RM50 pon makcik nak kena mintak...Kalau orang lain tu, tak payah mintak pon anak-anak pandai bagi sendiri. anak makcik tak macam tu. Nak tunggu memang tak dapat, bila mintak pon belum tentu dapat. Sebab tu la makcik kena kerja jugak."



" Kan makcik jaga cucu makcik?"


"Jaga la dik, cucu kita, kot la nak hulur RM50 sebulan untuk makan anak2 dia, tapi tak pernah langsung...Lepas tangan lagi kat kita yang tua ni..."


Dah sampai ofis...


Banyak lagi yang aku sembang ngan makcik ni... Yang mana yang aku ingat aku taip sebab yang aku ingat ni amat menyentuh hati aku. Pengorbanan seorang Ibu tu, kita takkan mampu balas walaupun kau ada sejuta ringgit dalam tangan sekarang...

Aku rasa marah jugak la kat anak makcik ni. Dah la mak kau jage kau dari kecik...Anak kau pon mak kau jaga....RM 50 pon pon kau tak bleh hulur ke....

Mak kita tak pernah mintak kan, tapi kalau kita bagi RM50 pun dia dah seronok sangat. Gembirakan la hati Mak Ayah kita time mereka ada. Jangan lepas Allah dah panggil depa, baru kita nak menyesal. Aku kesian weh kat makcik ni...(Allah bagi aku peluang untuk dengar rasa hati seorang ibu hari ni...)












Thursday, March 31, 2011

Rasa Muak


Yess...akhirnya berjaya mencuri masa untuk menaip...hahaha...masuk hari ni, da tiga hari berturut-turut menjadi pengunjung setia I'm Lovin it!!Ni semua gara-gara Coupon Breakfast McD yang valid sampai pukul 11 pagi tadi.


Tapi hari ni aku tak beli untuk masuk perut sendiri tapi ini kerja amal membantu kawan2 yang teringin nak merasa gembira dengan benda yang affordable dan berbaloi!! Dah dua hari melantak McD Breakfast, rase muak dan loya menguasai diri. Padahal "menatang" ni selalu membuatkan aku rasa mengidam...hahahahaha..macam tak percaya je bila aku berjaya mewujudkan rasa jemu dalam diri terhadap McD breakfast. Tu la, mak pon penah pesan...Kalau nak merasa nikmat makanan tu, jangan makan terlalu banyak. bila banyak sanagt, kita akan jemu dan hilang nikmat tersebut... Dan harini anak mak telah jemu terhadap McD breakfast. HOHO...Aku harap jemu ni berpanjangan, at least aku bleh jaga badan dalam usaha untuk mendapat cahaya comel...


So, harini kata-kata mak memang terbukti...berhenti time sedap....

Friday, June 4, 2010

Lagenda Budak Setan



Artist : Fili (Filianti Vlee)
Song : Bila Cinta (OST Lagenda Budak Setan)

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan Uuu…
Dalam harapan



Untuk Download MP3
Download OST Lagenda Budak Setan

Thanks to - http://www.keiroro.com

Cerita ni baru Bahagian Pertama...Maknanya ada sekuel seterusnya.

Monday, May 24, 2010

Lirik Lagu Finalis AF8


Ku Ada Kamu - Adira AF8


Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


Kebahagiaan dalam Perpisahan - Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..


Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..



RSVP - Maulana AF8

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu



VIP - Iwan AF8

Kau takkan percaya apa yang ku dengar
Khabarnya kau dah kecewa
Dengan diri ku yang tak luangkan masa
Masa bercengkerama bersama mu

Korus:

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya dirimu seorang

Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu oh oh...
Biar pitih hatiku

Mungkin ku tak arif memahamkan cinta
Ku sangka kau bisa faham
Ku sedar cara ku tidak cukup mesra
Masa bercengkerama bersama mu

Oh kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x

Walau tidak bersama engkau selalu di hatiku 3x

Kasih kau perlu tahu
Tiada yang penting selain cinta mu oh sayang
Tiada yang ku sanjung hanya diri mu seorang
Berikan aku peluang
Untuk buktikan padamu
Biar pitih hatiku 2x




Kenapa - Daus AF8

Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?

Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?

Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)

Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?



Weekend Chef

Hye...lame tak menjengah blog ini...Almaklumla, baru nak belajar berbelog, so kenala pandai nak adjust time...Baru balik dari Ipoh pagi ni...Highway kat Duta sangat jammed.Biasanya kalau dari Ipoh jam 5 pagi, akan sampai di Sentral KL jam 715 pagi, tapi malangnya hari ni kul 8 pagi baru sampai...Hmm..terbang RM14 sebab bayar duit teksi. Biasalah,traffic kat KL ni unpredictable.
Baru menghabiskan weekend yang gembira bersama Encik Suami.Weekend Masak-masak serumahtangga.Encik Suami yang paling happy.Hahahaha...Mana tak nya, 2 hari berturut-turut memerap kat rumah dan belajar jadi Suri Rumah,huh...bukan mudah ye tuan2 dan puan2..Menjadi suri rumah tangga ni, kerjanya tak berhenti...Kalau kat office sempat lagi la nak tengok Facebook, sembang ngan jiran sebelah meja, depan meja...'Anyam ketupat' sikit-sikit...hahaha..
Sampai je kat Ipoh Jumaat malam tu, kitorang berdua terus ke Econsave untuk membeli barang keperluan dapur, sebab semua da habis termasuk la beras...Dah sebulan dapur tu tak berasap, sebab asyik melantak kat rumah mak ngan mertua je,ni nak kena perasap balik la...So kena beli bahan-bahan yang sepatutnya.Encik Suami teringin nak makan Nasi Ayam, tapi nak yang masak sendiri tak nak yang kat kedai.So, beli la barang2 yang patot untuk preparation Nasik Ayam... (Kalau beli kat kedai RM4.50 je, dah nak masak, kos lebih sikit tapi berbaloi sebab boleh makan sampai malam)Da siap beli semua ( Time tu baru sedar, customer yang tinggal adalah kami berdua je,sebab yang lain semua pakai baju hijau-staff kat situ) kitorang pon cepat-cepat pegi bayar dan terus balik.Esok nak perasap dapur dengan Nasi Ayam,Percubaan Pertama ni...bukan calang-calang tau.






Hari Sabtu, menunya adalah Nasi Ayam (Kul 12 dah siap masak) dan aktiviti dua laki bini ini adalah makan sambil bermalas-malasan di rumah.Petang tu mak ngan ayah pon sampai.Tibe2 pulak tu, nasib baek rumah dan diri masing2 dalam keadaan kemas dan rapi.Hehehe, kalo tak, abes kantoi.Kehadiran mak dijamu dengan Nasi Ayam buatan sendiri..Jeng..jeng..jeng..Mak yang bertindak selaku Pengkritik Makanan yang diiktiraf keluarga mula mengeluarkan komen-komen yang bernas."Sos ni kurang masin la kakak, kena tambah garam, baru balance masam manis dan pedasnya..Nasi okay, tapi kurang masin jugak,Sup ni, kurang masin jugak. ayam okay, kicap pon okay.Overall okay,kalo orang sakit yang makan ni memang bagus, menjaga kesihatan(sempat pulak mak bantai aku).."

Encik Suami senyum dengan hidung yang kembang kempis sambil menjawab kritikan mak mertuanya,"Pandai kan Nurul masak mak.." Huh, aku pulak yang kembang punggung dengar pujian Encik Suami.

Petang tu jugak tiba-tiba terlintas idea nak buat Kek Batik.


Image ni aku Google sebab lupa nak snap gambar

Heh, nama macam gempak tapi sebenarnya Bukan susah pon, ala,Biskut Marie yang salut ngan coklat tu.Ini feveret aku.Sebelum Maghrib, ajak encik Suami keluar beli bahan-bahannya.Lepas Maghrib aku pon buat dengan semangatnya.Terima Kasih Cik Rome atas resepi yang bernas tu.hehehe..Disebabkan rasa excited kami berdua, malam tu jugak aku potong.Susahnya Ya Allah, Sebab kan Biskut tu rapuh, so keras sket.Berlubang bekas kek tu aku kerjakan.Rasanya kek tu tapi kena simpan lama sikit kot nak bagi dia jadi liat sket.Sbeb esoknya bila aku potong da okay sket dari semalam yang amat susah..Esoknya(Ahad) En.Suami kena pegi office, ada orang nak jumpa katanya, aku dok kat rumah sorang2, terkulat-kulat tak tau nak buat apa.Mula-mula kemas rumah yang diselerakkan oleh kami jugak (macam ada anakkecik je gaya bersepahnya rumah)mane tak nya,kat situ la jajan-jajan stok untuk tengok tv,kat situ la bantal2 bergelimpangan,ingat nak kemas same2 skali dia kena g office, terpaksala aku gak yangkemas semua. Dah alang-alang mengemas, langsung basuh baju, ganti cadar terus masak lunch..Simple je lunch hari Ahad,sambal tumis telur(favourite Encik Suami),ikan keli goreng dengan sup ayam semalam. Masa bukak fridge, ada pulak ikan kembung 7 ekor.Nak dimasak macam banyak sangat untuk makan berdua,Pling!!Idea tiba, ditambah dengan semangat rajin nak masak,terjadilah kuah laksa.First time tu masak laksa, menjadi jugak la.Daun kesum, dengan bunga kantan lambat sket masuk sebab kena tunggu En.Suami balik.Yess!!seronok sebab Laksa menjadi.Tak la teruk sangat kan...

Kesimpulan yang dapat aku buat minggu ni adalah, memasak bukan la susah sangat ye para isteri yang budiman sekalian,bak kata mak aku Rajin dengan tak je...So,maknanya aku rajin la kan...Huhuhuhu...


Friday, May 14, 2010

AdaMaya



Morning..Jumaat yang damai...Da abes dah cerita AdaMaya...Ending yang happy...Bila tengok cerita ni, ada ke suami yang tahap kesabarannya macam Adam?Sanggup terima yang Cinta isterinya pada lelaki lain selama 6 tahun...Bukan satu masa yang singkat....tapi cerita ni sangat enjoy dan ada mesej.
Tentang pelakonnya plak, not bad.Watak Antagonis si Dani ni memang sangat annoying.Dani(Faizal) berjaya buat penonton benci sangat kat dia,dengan perangai yang tak berapa nak matured, sangat obses pada cinta pertama, tak menghormati orang lain, tak suka budak2(bengang sangat bila dia pukul Amani) tambah lagi tak puas hati bila Maya still tergila-gilakan dia.Bila anda semua rasa macam ni,maknanya dia dah berjaya melakonkan watak tu...Tapi dalam dunia sekarang ni, macam2 boleh berlaku kan....Sanggup ceraikan isteri semata2 demi kekasih hati yang belum tentu dapat dimiliki, huh, bukan perkara mudah.
Watak Adam(Sein) yang muke sweet camtu memang buat sape2 pon yang tengok boleh jadi cair.Dah la handsome, penyayang, bapa yang sangat baik pada anak dia yang jugak sangat cute, suami yang penyabar.Semua orang akan wish someday nak dapat suami macam Adam atau pun, harap suami2 yang tengok cerita ni mampu buat pengorbanan kat isteri, kasih dan cinta pada isteri(walaupun isteri dia curang)macamana Adam buat kat Maya (hahaha...jangan tipu sebab ada part2 tertentu yang I wish my husband could do the same). Adam berjaya menjadi suami dan ayah yang sangat lovely dan caring kat anak dia, Amani(yang sangat cute dan petah) .
Maya pulak, hm...suke kat dia since cerita I'm Not Single...Dia pandai menghidupkan watak...hahaha...kalo dia menyampah, macam da tak nak pandang lagi muka orang berkenaan.Tapi bengang jugak sebeb dia buta menilai cinta Adam.Lagipon tak baik tau buat suami macam tu.Terluka Adam.Tapi best bila dia da sedar salah dia semalam.Huh, time dia jumpa Dani tu macam ada satu semangat yang baru dan dia da sedar yang Cinta dia adalah untuk Adam. Bila dia dah berjaya tinggalkan Dani bermakna dia dah berjaya melupakan kisah cinta dia dengan Dani dan jugak bersedia berubah menjadi isteri yang baik pada Adam.
Part yang sedih bila Maya pegi Pameran Adam dan mintak maaf ngan Adam, Tapi Adam macam da fed up.Huh sadis sangat masa ni,tapi Adam bukannya kejam. Akhirnya berkat kesabaran Adam, Maya dah kembali kepada cinta Adam.best kan ending dia...In fact, saye memang suka sangat lakonan Lisa Surihani,walaupon pada awl kemuculannya nampak kaku, tapi dia dah berjaya...Tahniah Lisa, Sein, Faizal and the rest team of Adamaya...U guys hebatt...

p/s: Tiba2 dapat ilham nak buat scrap book pasal wish2 dalam hidup ini...Salah satu wish adalah wish semoga En.Suami membaca wish2 itu dan dapat realize kan impian2 itu..Ahhh...sangat bahagia..

Thursday, April 22, 2010

Mulut

Alkisah Char Koey Teow



Mulut masing2...Lain2 rasa...Da aku rasa sedap, aku suggest la yang aku rasa sedap...Yang korang nak yuckkss ke hape ke nape...Mulut lain2 ye...sedap tu kat mulut je bang...damasuk perut kenyang gak....

p/s:Tak faham...