Mommy and Daddy to be...

Lilypie Pregnancy tickers

Sunday, May 1, 2011

PCOS

Sakit belakang dengan bahagian kiri kat bawah perut memang buat aku rasa tak larat. Yela, nak rukuk sakit, nak berkalih time tido pon sakit...Rasa sengal semacam. Hari Selasa haritu sebab dah tak tahan sangat sakit, call En. Hasben suh datang amek kat ofis. Huh laju je dia sampai, puku 3.45 pm gerak, 5.30 dah sampai terpacak kat depan ofis ni...Rabu pulak, pegi Klinik Kesihatan Greentown. Sampai pukul 9 pagi, pukul 10.3o pagi baru dapat jumpa doktor. Ye sangat bengang, bukan sebab tunggu lama tapi sebab doktor tu tak sentuh langsung tempat sakit. Bila cerita kat dia period haritu datang sehari je, dia suh buat urine test. Ok lah, pegi buat urine test. Negative for pregnancy dan juga negative untuk kencing kotor. Tanpa diagnos lebih-lebih, dia sum up dengan claim aku ni gastrik...
Isk, ni memang buat aku marah sangat...Pegi ambil ubat dan balik, sampai Jumaat sakit tu masih berpanjangan. En.Hasben tak sedap hati terus bawak jumpa pakar Gynae.
Ni baru first time pegi hospital berbayar dan tak tau mana nak tuju. Okay, tak tau nak refer kat sapa, terus la aku ni tuju kat sapa yang terdekat yang aku nampak. Kat dalam hospital ni, ground floor dia ada mini cafe, pastu ada klinik sakit puan Dr. Ooi camtu kot nama dia, so, dah ternampak staff yang berbaju biru kat situ, terusla aku tuju kat dia. tanya dia, saya sakit bla...bla..bla...kat mana saya nak refer ye? Dan dia dengan baik hati jawab, puan pegi daftar kat Emergency dulu,ada MO akan tanya pasal masalah puan, nanti dia akan refer puan pada doktor yang berkenaan.
aku ngan En. Hasben pegi la kat Emergency seperti yang dia cakap. Staff kat situ tengah berkumpul dan gelak-gelak. aku pun tuju kat dia dan bagitau yang aku dinasihatkan datang kat sini untuk dibuat little checkup.

Staff A:"Oooo...buat channelling ke? Sapa yang suruh datang sini?"
Aku: Ada staff kat klinik Dr. Ooi tu suruh saya refer kat sini dulu.
Staff B : Kenapa pegi kat situ? Kenapa dia suruh datang sini? Oooo.. Nak buat channelling la tu...

Ok. fine. aku tak tau pon step yang aku lakukan ni dipanggil channeling, then dia panggil aku masuk dan tanya la basa-basi...
Sakit apa?...bla...bla...Lama dah kawen?
Aku berterima kasih atas pertanyaan kau tu. Tapi yang aku cam bengang jugak bila ko start cakap soal charge....
" but, U must bear in mind, that today is Saturday and the charge will be triple!"
dengan nada suara yang tinggi dan kedengaran seperti dia sedang memandang rendah kepada aku yang tak berapa kerdil ni.
Aku sakit la pompuan, tak kesah la ape pon. tapi aku memang panas ngan cara dia cakap. Kalau pon aku ni nampak selekeh, tak payah la kau sound aku camtu. cakap baik2 tak bleh ke?

Dipendekkan cerita aku mintak dirujuk pada Dr. Jayabalan. Masuk jumpa doktor, cerita sket2, dan dia sangat membantu. Dia buat scan ultrasound kat aku dan the result is>>>>>>>>>>>

"Your problem is PCOS". awak nampak tak ada telur2 yang banyak kat dalam ni. Telur2 ni semua tak cukup matang. sebab tu dia tak boleh keluar dan stuck kat sini. awak punya ovari diselaputi lemak.
Nasihat doktor kat aku, dia akan bagi aku ubat Diabetes untuk membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga danmembantu untuk mengurangkan selaput lemak pada ovari . Kontrol makan, banyakkan excercise. Live a healthty life style.
Dan yang penting----heheheehe " Jangan risau awak boleh pregnant tapi awak kena pulihkan period circulation, kurangkan berat badan, kurangkan makanan berlemak dan karbohidrat tinggi.
Aku dah tau sebab aku takleh pregnant.

Bila telur tak keluar, period pon tak regular sebab dok tunggu telur, tapi telur tak datang, so darah tu akan terus menempel pada dinding uterus dan semakin menebal. sebab tu period awak tak regular. kalau datang pon sikit dan warna coklat. Period tak dapat nak keluar sebab telur tak dilepaskan dari kilang.
Hormon pon jadi tak stabil sebab Estrogen lebih banyak dari progesteron. aku kena amalkan ubat tu dalam masa 2 bulan dan selepas tu refer balik kat doktor untuk dia bagi injection dan Clomid.

Tu je ceritanya. Kalu aku tau, aku terus je datang kat hospital ni dari aku buang setengah hari dekat Klinik Kesihatan tu.